Mengenai YCF

Pengenalan

Pendidikan adalah asas dan semua pelajar harus diberikan peluang pelajaran untuk meningkatkan daya saingan. Oleh itu, YCF berharap agar semua pelajar mempunyai peluang yang setara untuk menerima pendidikan yang berkualiti.

YCF juga percaya bahawa pembelajaran bahasa vernakular adalah penting untuk mengekalkan warisan budaya kami yang unik dan memupuk bakat yang berdaya saing di pentas dunia. Selain Pendidikan, YCF juga menyalurkan bantuan untuk golongan yang kurang berkemampuan dalam bentuk barangan, kewangan dan sokongan untuk mendapat latihan teknikal, vokasional atau kemahiran keusahawanan. YCF berharap bantuan ini akan membolehkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan mereka.

YCF bersedia untuk menjadi batu loncatan untuk institusi pendidikan, penerima biasiswa dan geran untuk mendapat lebih peluang dan mencapai aspirasi mereka.
 

Mengenai YCF

Yu Cai Foundation (YCF), yang ditubuhkan pada Januari 2015, adalah inisiatif kebajikan yang dilancarkan oleh Ananda Krishnan Tatparanandam dan Kumpulan Usaha Tegas. “Yu Cai” [atau “育才”] bermaksud “memupuk bakat” dalam Bahasa Cina. Logo YCF juga merangkumi matlamat kami yang berasal daripada perkataan "人" (atau "orang" dalam Bahasa Malaysia) dan pepatah Cina "ia mengambil masa 10 tahun untuk menumbuh pokok tetapi ia mengambil 100 tahun untuk memupuk bakat."
 
Objektif
 
Objektif utama YCF adalah memberi bantuan kepada komuniti-komuniti yang kurang berkemampuan di Malaysia dan mempromosikan pembelajaran bahasa vernakular Malaysia.
 
  • 1

    Pendidikan Sekolah Rendah

    - Program Latihan Pengucapan Awam
  • 2

    Pendidikan Sekolah Menengah

    - Biasiswa untuk Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina
    - Biasiswa untuk Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangasaan (SMJK)
    - Biasiswa untuk Pelajar Tingkatan Enam
  • 3

    Pengajian Tinggi

    - Biasiswa untuk Kursus Pengajaran Bahasa Vernakular di UPSI
    - Biasiswa untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di UM
  • 4

    Kursus Vokasional

    - Biasiswa untuk Diploma Pendidikan di National Changhua University of Education
    - Biasiswa untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di Open Univeristy Malaysia (OUM)
    - Biasiswa untuk Latihan Vokasional bagi Pelajar OKU
    - Program Pembangunan dan Bimbingan Keusahawanan Wanita B40
  • 5

    Program Komuniti

    - Bakul Prihatin COVID-19

Pasukan Kami

Lembaga Pemegang Amanah :
  • Chan Chee Beng (Chairman)
  • YBhg. Dato’ Sri Hj. Mahamad Fathil Bin Dato’ Mahmood
  • YBhg. Dato’ Robert Cheim
  • Brahmal Vasudevan
  • Ngooi Chiu Ing
  • Phe Kheng Peng