YU CAI FOUNDATION – KUTIPAN DERMA UNTUK BIASISWA

26 Jan 2025

YU CAI FOUNDATION – KUTIPAN DERMA UNTUK BIASISWA

 

 

PENGUMUMAN  – KUTIPAN DERMA UNTUK BIASISWA YAYASAN YU CAI

 

Dengan ikhlasnya, Yu Cai Foundation melancarkan kutipan derma bagi biasiswa. 

 

Sumbangan dari RM50 akan membantu kos pelajaran seorang murid sebulan. 

 

Yu Cai Foundation (YCF) dilancarkan pada Januari 2015, ialah sebuah yayasan amal yang ditubuhkan oleh mendiang Ananda Krishnan Tatparanandam dan Usaha Tegas. Objektif YCF adalah untuk memajukan, memartabatkan dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia dan menggalakkan pembelajaran bahasa vernakular Malaysia. YCF ialah organisasi amal yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (“ACP”) 1967 dengan kelulusan terkini sehingga 31 Mac 2025.

 

Sejak penubuhannya pada 2015, YCF telah menganugerahkan lebih daripada RM26 juta biasiswa  dan tajaan kepada lebih 5,600 pelajar, guru, sekolah dan komuniti.

 

Sepenuh dana yang dikumpul dari kempen dermaan ini akan disalurkan sebagai tajaan bantuan pendidikan untuk pelajar sekolah menengah.

 

Sertailah kami untuk menyumbangkan nikmat pendidikan untuk pelajar merealisasikan potensi mereka.

 

Selamat menyambut Tahun Baru 2025 dan semoga semua sihat sejahtera.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari: https://www.ycf.org.my/

Untuk resit rasmi potongan cukai, sila lengkapkan maklumat di  https://www.ycf.org.my/ms-my/donate